Salam =)

Ya sekarang ni aku berada dalam medan peperangan. Peperangan apa? Hah! itu yg nak habaq ni. hehehe ;)

Yala sekarang ni kan aku dah balik mesir.
Kira nak start stdy balik la.
sekarang dah second year sebagai budak medic di Zagazig University, Zagazig, El-Syarqiah, Mesir.Hehehe
Tahun dua kat mesir ni len daripada tahun dua daripada negara2 lean termasuklah Malaysia. Kami kat sini stdy dalam masa 6 tahun. Kalu negara len 5 tahun ja.
*Dr Syahir Hakim (Otak genius)

*Dr Faisal@Pesa (Otak lagi genius)
silibus utk tahun dua sama mcm tahun satu.
-anatomy
-physiology
-biochemistry
-histology
*Jom men futsal( ondaway nak g kuliah azhar men futsal)
so sekarang ni tengah dok pulun la ni. exm final kemungkinan bulan Mei.
semua org pakat2 dok berperang dengan nafsu mereka, termasuk lah aku, nafsu apa? NAFSU BERMAEN2!!!
*Dr. Khairul Anam (Typewriter)
hahahaha kena tahan la skit. lepas exm baru buleyh nak enjoy. heee ;D
jadi apa2 pn doakan yg terbaek utk aku dan kawan2 aku.
insyallah kami akan pulang ke tanah air sebagai seorg doktor yg cemerlang. Insyallah ;D




Salam semua =D
Kali ni aku nak tunjukkan hampa semua mmbe2 aku yg aku sempat jumpa masa aku balik Malaysia hari tu. Bdk2 len suma tarak! sibok la konon. yalah depa semua dah masuk kolej. aku melepak ja kat rumah. Ni pn aku sempat jumpa depa tyme raya ja. tapi seronok la tyme tu. hehehehe.

Sekali sekala kasik puisi ka apa ka mcm best pulak noh. =D


Dari kiri. Omaq. Shah Hadyan


Berhari raya di sheehan. wahahhaa. tyme2 magrib g makan. tapi takpa. sempat balik solat hehehe :p keesokkan harinya beraya rumah Shah Hadyan. Kemudian di tempat2 len lagi. hehehehe ;p best time raya2 ginih

Dari kiri aku dengan Syed



Sahabat,
Kawan biarlah seribu,
bercinta biar satu,
Kawan bukan macam chipsmore.
kejap ada kejap tadak.
kawan perlulah more more more.
sentiasa banyak dan tetap bersama.

Kawan bukan lawan.
tapi kawan adalah rakan.
Rakan yg sentiasa bersama.
Susah senang bersama.

Sahabat.
Kita kawan bukan kerana mereka perlukan kita.
tapi kita kawan sebab kita yg perlukan mereka.
jadi tak ada sebab kawan jadi lawan.
tapi mungkin kawan buleh jadi lawan.
lawan bukan sebarangan lawan.
lawan untuk mendapat keredhaan yang hakiki bersama rakan2.
Insyallah

p:s- terima kasih sebab jadi kawan aku. walaupun aku bukan salu lepak dengan hampa. tapi kehadiran hampa semua memenuhi segenap hidup aku. alangkah ruginya mereka yg hidup tanpa kawan. kerana kawan lah yg selalu menjadi tempat kita berhibur dan hilangkan sesetengah masalah. =)




Assalamuaikum dan salam sejahtera.
Alahai. lama gila aku tak post apa2 dalam blog ni.Bukan tamo post. tapi entah la malas la. bila nak balik mesir ni rasa malas skit. tapi nak buat mcm mana. kena balik mesir jugak. nak belajaq ni. hahaha =D

ok la kali ni ak nak kasik tau dekit2 kepulangan aku ke mesir. Yalah tak berapa lama dah duduk Malaysia ni."...tapi tak pa. mama kata tiap2 tahun hang kena balik.." hahaha.






Hahahaha.. ini la barang2 yg aku bwk balik ke mesir. Hotchocolate 2 pack. Maggie 2 pack. Bihoon kering 4 pack. Perencah Nasi goreng. Perencah tomyam. Ajinamoto. Black Papper punyer serbok. Udang kering sepack. Ikang bilis 4 pack. Keropok ikan 4 pack. hahahaha. semua2 ni nak makan balik mesir ja. wahahhaa. tapi nanty balik mesir. Tak sampai 2 bulan menda2 ni suma dah habis. wahahhaa.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru jep lepas gi beraya umah Zty. Keesokkannya pulak kami ketemu lagi. Kali ni baba yang ajak Zty makan breakfast dengan kami dekat hotel. Baba kata suruh bawak Angah sekali. Aku pn apa lagi, dapat green lite. Oryte bebeh! Hahahaha..

Aku jemput Zty kat rumah dia awal awal pagi lagi. Mintak kebenaran Abah dgn Mama Zty (nak bawak anak orang keluar kena la mintak kebenaran dok) hehehe.. Abah Zty suruh bawak Angah gok sebagai badan pencegah perkara perkara yang tak elok. heee ;) yela kan ada Hadis Nabi, mengatakan kalu dua orang lelaki dan perempuan yang bukan mahram keluar berdua-dua-an, maka ada orang ketiga(Syetan) yang akan merosakkan keadaan. Jadi sebab tu la kami bawak Angah sekali, jadi takdak lah perkara yang tak sepatutnya berlaku. heee :)


Sampai sampai hotel terus gi makan breakfast dengan family aku, Zty ngn Angah segan segan pulak. Nasib baek aku ada, boleyh la diorg join venture sekali. Makanan kat hotel tu seyesly tak sedap! :(

Lepas ja makan kami lepak lepak dekat tepi pantai. Baba ngn Mama pn dating gok sambil sambil meng-skodeng kami dari jarak jauh. heee ;)


Lepas tu, kami bergerak ke shopping complex bersama sama angah, tatau nama apa shopping mall uh. yang aku tau Zty ada cakap mcm EC mall. enth la stand for what. hahaha. sebab aku tak ambk tau pn. seronok sangat dapat berjalan dengan dia. hahaha.




lepas tu kami makan tengah hari sekali lagi dengan family aku, dekat kedai tepi jalan. Hahaha. dekat kuantan ni. kalu seminggu raya. Maka seminggu jugak la kedai kedai yang best best akan tutup. So tak kesempatan la nak makan kat kedai kedai diorg. huhuhu :(

Lepas tu kan kami lepak lagi dekat TC kejap. Main main air. Buat sesi fotografi sume lah, seronok sangat! hahaha.. Tapi kejap jela sebab aku dah nak balik KL. huhuhu.. :(



Finally aku dah nak kena balik KL.. huhuhu. tapi sebelum aku hantar Zty ngn Angah balik umah diorg. Mama Zty ajak aku gi jumpa tokwan Zty dekat area area situ jugak la. Jumpa sekejap je. Tapi seronok gok ah sbb dapat jumpa family Zty yang lain. Tokwan Zty friendly sgt. Macam mama Zty la. Sempoi jep. BEST!


Bila tiba masa aku perlu pulang ke KL perasaan sedey pulak yang melanda. huhuhu :'( yela, baru jep jumpa. Dan kejap je dapat jumpa. Dah la tu, Nak jumpa susah, setahun sekali kemungkinan. Huhuhu :'( maka mengalirlah air mata kami berdua. huhuhu :'( tapi nak buat macam mana, Hubungan kami memang macam ni. Tapi tak mengapa, ini semua hanyalah ujian daripadaNya betul tak? Jadi kami terpaksa harungi semua ni dengan hati yang redha, walaupun berat tapi untuk mendapat KeredhaanNya, insyallah. huhhuhu :'(

kenangan yang di cipta akan menjadi kenangan yang terindah aku bersama dia,
biar susah,
biar berat,
biar seksa sekali pun, kami harus harunginya,

perjalanan masih jauh,
masa depan perlu di tawani,
pembelajaran tak habis habis lagi,

kalau ada jodoh insyallah tidak kemana,
dan kalau ada jodoh harap kita akan selalu bersama insyallah. :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yeah! Mood raya masih ada ni. hahaha. Macam aku bagi tau masa post aku yang hari tu. Raya tahun ni paling seronok gila gila gila gila lah. Hahaha. Nak tau sebab apa? Hah! Gambar boleyh kasik tau beribu ribu tafsiran. Jom tengok gambar!




yeah seperti yang termaktub di gambar gambar tu. Ini lah saat yang paling seronok masa raya tahun ni. Ini merupakan raya ke -5. Nak tau apa yang
syoknya. Kalau nak tau. Aku dan keluarga aku, tok aku, ateh aku, mak teh aku telah beraya ke rumah awek aku. Hahaha. Dah la first tyme aku jumpa awek aku ni. Jumpa jumpa ja terus datang sekali dengan family. Memang terbaek la. Tetiba ja baba aku kadi sporting. Hehehe. Memang seronok. Abah Zty ni sepatutnya kerja pada hari tu, tapi dia sanggup ambk cuti nak melayan kami sebagai tetamu dia. Memang sempoi lah Abah. Heee =D Mama Zty pn sama jugak, malam sebelum kami nak sampai Kuantan hari tu pi keluaq dengan Zty semua pi beli ayam kampung nak buat gulai ayam kampung. Appreciate it so much! Masak pn sedap jugak. Zty bagi tau aku, dia pun masak jugak, ;) untung la aku, dapat
awek yang pandai masak, gemuk aku lepas ni. Hahaha.




Walaupun seronok dapat jumpa family Zty semua, kenai dengan Abah dia, Mama dia, Angah dengan adek, tapi satu benda yang paling aku gumbira. Aku paling gumbira bila dapat bertemu dengan Zty. Gumbira tak terhingga lah. Sampai tak buleyh nak bersuara pn. Haiz... Alhamdulillah la, gembira sangat sangat dapat jumpa dia. Orangnya manis, baek, pandai masak, comey, ngadew, manjew, heee ;) SHUKE LA SHUKE LA SHUKE LA!!

Tapi apa apa pn aku bersyukur la. Alhamdulillah, hubungan kami direstui kedua dua pihak, dan insyallah kami perlu cari keredhaanNya pula lepas ni. Doakan kami yerk. Walauapa apa pn, bercintan cintan gok, study, agama, suma takkan kami lupakan, walaupun kami bercintan cintan kami tak lupa bab agama, so harap harap hubungan kami kekal selama lamanya, Insyallah :)



Assalamuaikum dan salam sejahtera. Baru beberapa minggu kita celebrate raya aidil fitri kan. Haiz rasa macam baru ja semalam. (hahaha, ayat bapak poyo).




Cuba tengok sapa lagi tinggi aku ka baba aku? Hahaha, tinggi songkok ja tu. Ni songkok 2 taun lepas ni, muat lagi kepala aku. Hahaha. otak tak besaq besaq pn. hahaha. =D





Jadi ini lah kesemua ahli keluarga aku. Yang paling atas tu. Duduk bak Raja tu baba aku. Azmi Nordin. Pastu, satu satunya pompuan kat dalam family aku adalah mama aku. Norshamsiah Abd Hamid. Aku tak dak adek pompuan ataupun kakak pompuan. Huhuhu. Touching ah gok. tapi takpa ada lagi sorang pompuan dalam hidup aku ni. Heee =D Yang kat bawah tu, belah kiri adek aku yang pertama, Danial. Pastu adek aku yang kedua Faez. Pastu yang paling kuruih aku. Dan yang paling ujung tu adek aku yang last, Ucan. Aku sayang family aku. Hahaha. (satu kenyataan yang jarang jarang aku luahkan.) Hahaha.


Assalamulaikum dan salam sejahtera. Yeah! alhamdulillah sekarang aku dah buat blog yang baru. Sebelum ni banyak jugak la blog yang aku dah buat. Tapi biasalah, dah tua, lupa suma menda. Password ngn Username pn buley lupa, Hahahaha, lawak toi. Walauapapun, kali ni aku buat blog yang mungkin agak menarik skit la. Sebab dulu dulu dulu punya blog yang dah bersarang tebuan tu aku dok cerita banyak pasai fakta fakta ja, ok jugak la macam tu. Tapi lama lama macam boring pulak en keja dok baca fakta ja. Dah la study kena hapai fakta, blog pun semua bab fakta. So, aku cadang aku lak letak cerita cerita yang menarik gok ah. cerita pasai diri aku, pasai family aku, pasai awek aku, pasai kawan kawan aku, pasai pasai pasai semua la senang cerita. hahaha. Jadi semoga bergembira lah ea. Jumpa lagi nanty. Assalamuaikum dan salam sejahtera. =)

t e l i n g a

L a m a n k u

apeksi
Assalamuaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke halaman aku. Nama diberi Muhammad Afeeq Bin Azmi. Dok tengah belajar lagi. Tinggal dekat Sg. Petani, Kedah. Umur dah tua dah. Status, tidak lagi bujang. Hahaha :D Anak sulung daripada empat orang adek beradek. Ah? ape lagi ea? huwmm. enth la. Banyak mulut, hahaha, suka gelak, gelak, gelak, Hahahaha :D enth la, baca ja lah blog ni. semoga bergumbira. :)